About The Author
“Ditulis oleh seseorang yang mungkin kamu kenal… atau mungkin juga tidak”
Dia pernah berdiri di bawah cahaya pentas, dengan sorakan penonton dan kamera yang tak pernah berhenti mengejarnya. Dari luar, hidupnya kelihatan sempurna muzik, fesyen, dunia hiburan, dan media sosial. Ramai menyangka itulah impian. Tetapi apa yang jarang terlihat ialah kesepian selepas lampu sorot padam.
Di balik senyuman, dia pernah terperangkap. Antara ingin menjadi diri sendiri dengan tekanan untuk sentiasa kelihatan “sempurna” di mata dunia. Hingga akhirnya, dia bertanya: siapa aku sebenarnya, kalau semua ini tiba-tiba hilang?





